Maklumat yang terkandung di sini telah diperolehi daripada sumber-sumber yang dipercayai boleh dipercayai, tetapi tidak ada jaminan kepada kesempurnaan atau ketepatan. Setiap pendapat yang dinyatakan di sini adalah kenyataan pertimbangan kami pada tarikh ini dan tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
Sekarang adalah musim membeli emas.
Terdapat 2 jenis pembeli emas.
Ada yang menganggapnya sebagai pelaburan, ada yang mengganggapnya sebagai simpanan.
Saya adalah yang lebih cenderung ke arah simpanan berbanding pelaburan.
Harga emas, membuak pada peratusan yang agak tinggi beberapa tahun kebelakangan ini adalah disebabkan oleh terbongkarnya konspirasi penekanan terhadap harga emas boleh pihak tertentu.
Bihak Bank Persekutuan Amerika dikatakan menyembunyikan fakta sebenar berapa banyak emas yng disimpan, tetapi 'meminjamkan' emas kepada pasaran emas supaya wujud bekalan berlebihan. Ini digunakan untuk mengekalkan nilai dollar pada paras yang tinggi walaupun mereka mengeluarkan dollar pada kadar yang tinggi.
Dollar yang tinggi membolehkan mereka membeli komoditi import daripada negara lain dengan menggunakan kertas sahaja.
Berbalik kepada persoalan simpanan atau pelaburan. Sekiranya tidak wujud tekanan terhadap harga emas, emas perlu dimiliki sebagai rizab bagi sesebuah keluarga atau individu. Ini disebabkan kerana sifat wang kertas itu yang sentiasa mengembang.
Secara umumnya semua orang faham bahawa apabila wang kertas dicetak, nilainya akan turun.
Namun satu perkara yang perlu difahami ialah penurunan nilai wang kertas tidak berlaku sejurus sahaja dicetak.
Pada tahun 1982, keseluruhan wang Ringgit yang di dalam kitaran dan dideposit hanyalah 12.47 bilion.
Pada laporan BNM yang terkini nilai itu meningkat kepada lebih 200 bilion.
Jika kita bandingkan, bilangan wang ringgit telah bertambah 16 kali ganda atau 1600%.
Namun harga barang tidak meningkat 16 kali ganda.
Belum lagi.
Secara kasar, berdasarkan pemahaman ringgit, jika wang dicetak lebih, nilainya turun.
Namun apa yang berlaku ialah nilai lambat turun, tetapi tetap akan turun.
Pembuakan harga emas dalam USD adalah berkait dengan bekalan wang Amerika.
Di Malaysia, kita masih terikut tukaran asing untuk mendapatkan harga emas.
Akan tetapi apabila "Ringgit" dibandingkan dengan emas yang berada di Malaysia, maka akan tahulah nanti berapa nilai ringgit yang sebenar.
Pada kehidupan harian, nilai yang ada pada ringgit itu merosot setiap tahun, pada kadar yang sedikit.
"inflasi 3% , apa kisah?"
Namun inflasi sebenar adalah pada kadar yang lebih tinggi.
Sistem kawalan harga yang membuatkan ianya kelihatan rendah.
Satu hari nanti ia akan membuak jua. Tanda tanda awal ialah "tidak mampu tanggung subsidi". (Hmmmmm selalu demgar nih....)
Pengsubsidian adalah kaedah menyembunyikan inflasi sebenar.
Fungsi emas adalah menyimpan nilai sebenar.
Andai kata beberapa dekad dulu 200 gram emas mampu untuk menghantar anak ke universiti.
Maka kalau ada krisis kewangan bagaimana pun, 200 gram emas itu masih mampu untuk menghantar anak ke universiti, walaupun ketika itu 200 gram emas harganya RM 8,000.(Hmmmmmm arini emas 200g melebihi RM36,000....Cukup lah untuk cover kos pengajian ijazah sarjana muda)
Menurut teori ahli kewangan yang tersohor, supaya menyediakan rizab kewangan beberapa bulan gaji.
Maka rizab itu perlu disediakan dalam bentuk emas.
Memang kalau boleh kita tidak mahu ringgit itu runtuh, namun ianya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk berlaku.
Cuba ingat2....Ketika British memerintah tanah melayu, matawang kertas Straits Dollar digunakan, namun apabila Jepun memerintah Kertas itu tidak lagi laku. Kemudian British datang balik, wang kertas jepun pula tidak laku.
Apa terjadi kalau hasil titik peluh disimpan dalam bentuk wang kertas, lenyap sekelip mata?
Maka, menyimpan emas, adalah menyimpan hasil titik peluh, supaya nilainya tidak merosot akibat membuakan inflasi atau krisis kewangan.
No comments:
Post a Comment