Tuesday 19 July 2011

AR RAHNU

Arrahnu ?


Definisi dari sudut syarak:


Ar-Rahnu dari sudut syarak merujuk kepada satu barang yang berharga dijadikan sebagai sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.


Ar-Rahnu boleh ditakrifkan sebagai keadaan di mana penghutang atau penerima pinjaman menyandarkan barang kepunyaan sebagai jaminan kepada hutang atau pinjaman yang diterima daripada pemiutang atau pemberi pinjaman.



Di Malaysia, antara tempat pajakan(Ar-Rahnu)

1. Ar-Rahnu Agro Bank
Boleh kunjungi 72 cawangan yang berdekatan di seluruh negara.


2. Ar-Rahn (Sistem Gadaian Islam)
Boleh kunjungi 22 cawangan seluruh Semenanjung Malaysia. Terutama di sekitar pantai timur.


3. Ar-Rahnu EON Islamic Bank
Boleh kunjungi cawangancawangannya yang terpileh seluruh Malaysia

4. Ar-Rahnu Koperasi UNIKEB
Boleh kunjungi wisma UNIKEB,UKM Bangi.


5. Ar-Rahnu KPMJ Gold Sdn Bhd
Boleh kunjungi 2 cawangannya di Bangunan KPMNJ Jalan Segget dan Bangunan Wisma Koperasi Melayu sekitar Johor Bahru.


6. Ar-Rahnu Kotani
Boleh kunjungi Wisma Kotani Bandar Tasik Selatan, Selangor.


7. Ar-Rahnu Bank Rakyat
Sila kunjungi cawangan cawangan Bank rakyat berdekatan seluruh Malaysia

8. Ar-Rahnu Exchange
Franchise Ar-rahnu Bank rakyat seluruh Malaysia




Kadar upah simpannya adalah berbeza. Dari yang terendah iaitu 0.65% sehinnga 0.95 % sebulan bagi setiap RM 100 Nilai Marhun , serta margin pinjaman yang diperolehi juga tinggi iaitu 65 hingga 70%. Anda juga boleh memperolehi pinjaman sehingga RM 50,000 seharitertakluk kepada institusi berkenaan. Tempoh matangnya juga panjang iaitu 6 bulan dan boleh diperbaharuiseterusnya dengan bayaran upah simpan terdahulu.